Di manakah insurans kesihatan di hati anda?
9:02 AM Posted by Al-Mustaqim
Kategori 1
Mereka yang masih lagi sihat walafiat tubuh badannya dan tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berjumpa doktor, maksudnya tidak pernah mengalami sakit yang kritikal dan beranggapan dirinya akan sentiasa sihat jika mengamalkan hidup yang sihat dan teratur. Kedudukan kewangan pula dikategorikan sihat iaitu mempunyai pendapatan yang lebih dari cukup dan mempunyai simpanan berbelas ribu ringit di dalam ASB.
Kategori 2
Mereka yang kesihatan tubuh badannya masih lagi di kategori 1 tetapi kedudukan kewangan berada dalam kategori yang lebih sihat umpamanya mempunyai simpanan ASB yang telah penuh kuota suami-isteri dan sentiasa mencari peluang untuk membuat pelaburan tidak kiralah didalam saham, hartanah dan sebagainya.
Kategori 3
Mereka yang dalam hidupnya tidak pernah terdedah dengan pembelajaran dan pengetahuan mengenai insurans/takaful dan tidak pernah ingin mengambil tahu apa itu insurans serta kepentingannya. Samada kesihatan mereka ditahap kategori 1 atau mengalami sakit apa sekalipun, mereka masih lagi menganggap insurans itu merupakan satu pembaziran.
Golongan ini kebiasaannya terdapat di kampung-kampung atau pedalaman. Amat malang bagi mereka ini kerana walaupun kadang-kadang saya cuba berkongsi ilmu insurans/takaful dengan mereka tapi begitu susah untuk membuka minda-minda ini. Di sini saya akan fokus perbincangan kepada golongan 1 dan 2 sahaja.
Golongan 1 adalah mereka yang dikurniakan Allah SWT kesihatan dan kehidupan yang sempurna dalam menjalani kehidupan sementara di dunia yang fana ini. Mereka ini tidaklah beriya-iya sangat untuk mencari harta sabanyak-banyaknya, cukuplah untuk menempuh kehidupan sekarang yang sempurna dan sentiasa menabung untuk bekalan alam persaraan nanti.
Golongan ke 2 merupakan mereka yang sukses dalam hidup, terutamanya dari segi pendapatan kewangan dan tubuh badan masih lagi sentiasa sihat. Mereka ini bekerja keras dalam hidup dan bila sampai satu tahap hanya membiarkan wang yang ada bekerja untuk menambahkan wang lagi. Motto golongan ini ialah wang buat wang bukannya kerja buat wang.
Mereka berpendapat tiada gunanya menghabiskan wang untuk membeli insurans terutamanya insuran perubatan/kesihatan kerana wang yang dibayar akan hangus begitu sahaja jika tiada apa-apa yang berlaku keatas diri mereka (tiada sebarang claim yang dibuat).
Lagipun wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk melabur untuk membuat wang beranak pinak lagi. Mengapa mereka hendak menghabiskan wang untuk polisi insurans yang tidak perlu sedangkan wang itu boleh beranak lagi. Lagipun kalau berlaku apa-apa kecelakaan, bukankah mereka mempunya wang yang cukup banyak di dalam bank untuk membiayai kos rawatan dan sebagainya. Mengapa perlu lagi untuk mereka membeli insurans?
Wahai saudara-saudariku, kawan-kawan dan pembaca sekalian, terutamya golongan 1 dan 2 di atas, Janganlah saudara lupa yang Allah SWT boleh menarik kembali segala nikmat yang diberiNya selama ini, mungkin sebagai ujian kepada hambanya atau sebagai peringatan. Janganlah saudara beranggapan jika saudara telah berusaha untuk menjaga kesihatan diri dengan sebetulnya dan berusaha dengan gigih memperkukuhkan kewangan saudara sekeluarga maka kehidupan akan sentiasa selari dengan kehendak dan percaturan saudara.
Amat mudah ya saudara saudari. Cukup mudah. Perniagaan merosot, diberhentikan kerja, kemalangan dijalanraya, jatuh ditandaa, ditimpa sakit jantung kerana kuat bekerja, kencing manis kerana hati terlalu gembira sebab tiada kerunsingan masalah hidup jadi makan pun berselera le..hehe. Banyak caranya jika Allah SWT ingin menguji kita, jadi fikir-fikirlah sendiri.
Bila berlaku hal-hal demikian sanggupkah saudara-saudara di golongan 1 mengorek 30K wang tabungan ASB yang disimpan bebelas-belas tahun untuk simpanan hari tua semata-mata untuk dihabiskan dalam sekelip mata sahaja bagi membiayai kos perubatan dan sebagainya.
Bagi golongan 2, walaupun bagi anda 30K itu mungkin tiada apa apa ertinya, dan anda mungkin boleh menggantinya balik sebulan dua tetapi tidakkah anda rasa berbaloi menyedekahkan wang sebanyak itu kepada hospital-hospital swasta. Bukankah lebih elok dan afdal jika wang tersebut disedekah kepada masjid, boleh juga buat amal jariah. Berapa ramai antara kita yang memberi sedekah 30K kepada masjid?
Jadi insurans perubatan tersangatlah penting terutamanya untuk pekerja swasta dan bekerja sendiri dan pekerja sektor awam yang tidak mahu bersusah payah menunggu giliran, bersesak-sesak dan hanky panky seperti mana yang anda sedia maklum.
Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kesihatan kita mendapat penjagaan dan pembelaan yang sewajarnya malah ianya dapat menjimatkan wang anda dalam jangkamasa panjang.
Jika anda telah merancang kehidupan, perancangan perlindungan pendapatan dan kesihatan anda mestilah terletak ditempat teratas dalam senarai kepentingan anda, barulah dituruti dengan perancangan pelaburan, estate planning dan lain-lain. Hubungilah mana-mana perancang kewangan bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang kepakaran masing-masing.
Jika anda melindungi rumah anda dengan insurans/takaful MRTA dan sebagainya kerana kepentingan nilainya, maka anda juga sepatutnya menginsuranskan kesihatan anda. Bukankah tubuh yang sihat itu tidak terrrrrrnilai harganya?
Antara Tugas, Cabaran Dan Kewajipan
8:35 AM Posted by Al-Mustaqim
Disaat menghampiri pertengahan usia Nabi Muhammad SAW, usia yang ku kira sewajarnya sedang aku mengira untung ratusan, ribuan malah sepatutnya jutaan seperti yang aku impikan hasil dari jerih perih penat lelah bekerja keras tetapi entah dimana silapnya aku masih seperti yang dulu, aku masih terkejar-kejar hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur ini, aku masih lagi membilang hari, masih lagi dengan ragam kehidupan seperti sedekad yang lepas. wadduuuuhhhh....
Suatu hari duduk terfikir dan terus berfikir, kenapa jadi begini? Sampai bila harus begini? Bila kurenung-renungkan dan difikirkan semasak-masaknya yaahhh...aku tersedar, rupanya apa yang aku lakukan selama ini bukannya lahir dari hati yang semurninya. Sebelum ini aku hanya mengikut selera sahaja, bukannya mengikut kata hati!
Hinggalah di satu saat aku nekad sahaja, aku tekadkan hati, tawakkal kepada Allah SWT untuk merubah impianku, aku menerima TUGAS dan tanggungjawab baru untuk mengharungi CABARAN baru. Iyaa..tugasan untuk memberi kesedaran kepada kawan-kawanku, saudara seagama dan sebangsa denganku agar tidak lagi alpa. Akan ku bangunkan saudara-saudari sekalian seperti mana aku terbangun dari ketidaksadaranku...dan jauh di sudut hati kecilku, aku anggap ini adalah satu KEWAJIPAN.
Cukup dulu untuk hari ini...
