Antara Tugas, Cabaran Dan Kewajipan

8:35 AM Posted by Al-Mustaqim

Kesedaran itu timbul diketika permulaan alam pekerjaan tetapku lagi. Namun kubiarkan sahaja ianya berlalu di angin lalu. Purnama datang dan pergi, kerja silih berganti kerja, namun aku biarkan jua. Sehinggalah hampir sedekad kemudian...

Disaat menghampiri pertengahan usia Nabi Muhammad SAW, usia yang ku kira sewajarnya sedang aku mengira untung ratusan, ribuan malah sepatutnya jutaan seperti yang aku impikan hasil dari jerih perih penat lelah bekerja keras tetapi entah dimana silapnya aku masih seperti yang dulu, aku masih terkejar-kejar hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur ini, aku masih lagi membilang hari, masih lagi dengan ragam kehidupan seperti sedekad yang lepas. wadduuuuhhhh....

Suatu hari duduk terfikir dan terus berfikir, kenapa jadi begini? Sampai bila harus begini? Bila kurenung-renungkan dan difikirkan semasak-masaknya yaahhh...aku tersedar, rupanya apa yang aku lakukan selama ini bukannya lahir dari hati yang semurninya. Sebelum ini aku hanya mengikut selera sahaja, bukannya mengikut kata hati!

Hinggalah di satu saat aku nekad sahaja, aku tekadkan hati, tawakkal kepada Allah SWT untuk merubah impianku, aku menerima TUGAS dan tanggungjawab baru untuk mengharungi CABARAN baru. Iyaa..tugasan untuk memberi kesedaran kepada kawan-kawanku, saudara seagama dan sebangsa denganku agar tidak lagi alpa. Akan ku bangunkan saudara-saudari sekalian seperti mana aku terbangun dari ketidaksadaranku...dan jauh di sudut hati kecilku, aku anggap ini adalah satu KEWAJIPAN.

Cukup dulu untuk hari ini...

0 comments: