Contribution Rate For SmartMedic 100

8:53 AM Posted by Al-Mustaqim

Ini adalah jadual kadar sumbangan tahunan bagi menyertai pelan kad perubatan SmartMedic 100. Perlu dijelaskan kadar sumbangan adalah mengikut umur dan jantina peserta.



Yang di bawah ialah kadar sumbangan bagi peserta wanita.

Panel Hospitals For SmartMedic100

9:02 PM Posted by Al-Mustaqim

KEDAH
HOSPITAL PAKAR METRO
04-423 8888
KEDAH MEDICAL CENTRE
04-730 8878
PUTRA MEDICAL CENTRA
04-734 2888
STRAND HOSPITAL
04-442 8888


PENANG

BAGAN SPECIALIST CENTR 04-332 2800
GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
04-227 6111
ISLAND HOSPITAL
04-228 8222
LAM WAH EE HOSPITAL
04-657 1888
PENANG ADVENTIST HOSPITA 04-226 1133
TANJUNG MEDICAL CENTRE04-226 2323
PANTAI MUTIARA PENANG 04-643 8888


PERAK

IPOH SPECIALIST HOSPITAL 05-241 8777
KINTA MEDICAL CENTRE 05-254 2125
PANTAI PUTERI HOSP IPOH 05-548 4333
PERAK COMMUNITY SPECIALIST
05-554 8918
TAIPING MEDICAL CENTRE05-807 1049
FATIMAH HOSPITAL
05-545 5777
SRI MANJUNG SPECIALIST CENTRE
05-691 8193


SELANGOR

ASSUNTA HOSPITAL
03-7782 3433
DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE03-5880 8868
*HOSP UNIV KEB MALAYSIA 03-9173 3333
KAJANG MEDICAL CENTRE
03-8737 8957
KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE 03-8739 7077
KAMUNING MEDICAL CENTRE
03-5161 1212
KELANA JAYA MEDICAL CENTRE 03-7805 2111
MEGAH MEDICAL CENTRE03-7803 1212
PANTAI KLANG SPEC CENTRE03-3372 5222
SUBANG JAYA MED CENTRE
03-5630 6101
SUNWAY MEDICAL CENTRE
03-7491 9191
SRI KOTA MEDICAL CENTRE 03-3373 3636
SENTOSA MEDICAL CENTRE KAJANG
03-8769 2999


KUALA LUMPUR

INSTITUT JANTUNG NEGARA03-2298 1333
CHINESE MATERNITY HOSPITAL03-2078 2055
DAMAI SERVICE HOSPITAL
03-4043 4900
GLENEAGLES INTAN MED. CENTRE 03-4255 2710
KAMPUNG BARU MED. CENTRE03-2693 1007
HOSPITAL PUSRAWI
03-2687 5000
SENTOSA MEDICAL CENTRE
03-4043 7166
SENTUL MEDICAL CENTRE03-4041 6962
HOSPITAL PAKAR TAWAKAL
03-4023 3599
TUNG SHIN HOSPITAL03-2072 1655
UNIV MALAYA SPECIALIST CENTRE
03-7953 5738
PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE03-9132 2022
HOSPITAL PANTAI INDAH KL03-4289 2828
*HOSPITAL UKM03-9173 3333
*INSTITUT JANTUNG NEGARA03-2617 8417


NEGERI SEMBILAN

COLUMBIA ASIA MED. CENTRE. SBN
06-601 1988
NILAI CANCER INSTITUTE 06-850 0999
PORT DICKSON MEDIC CENTRE 06-647 7588
SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL06-767 7800


MELAKA

HOSP. PANTAI AIR KEROH MELAKA 06-231 9999
PUTRA SPEC. HOSPITAL MELAKA
06-281 3333


JOHOR

JOHOR SPECIALIST HOSPITAL07-223 7811
KLUANG UTAMA SPECIALIST CENTRE
07-771 8099
MEDICAL SPECIALIST HOSPITAL
07-224 3888
PENAWAR HOSPITAL 07-252 1800
PUTERI SPECIALIST HOSPITAL 07-223 3377
THE SOUTHERN HOSP. BATU PAHAT
07-413 3333
HOSPITAL PANTAI BATU PAHAT 07-433 8811
KEMPAS MEDICAL CENTRE 07-236 8999


PAHANG

KUANTAN MEDICAL CENTRE
09-514 2828
KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL09-567 8588


TERENGGANU

KUALA TERENGGANU SPEC. HOSPITAL09-624 5353


KELANTAN
KOTA BAHRU MEDICAL CENTRE 09-743 3399
PUSAT PAKAR PERDANA 09-747 8787


SABAH

DAMAI SPECIALIST CENTRE
088-222922
THOMAS KLINIK PAKAR SURGERY088-777323
SABAH MEDICAL CENTRE
088-424333
SANDAKAN MEDICAL CENTRE 089-221007


SARAWAK

COLUMBIA ASIA MED. CENTRE, MIRI
085-437755
NORMAH MEDICAL CENTRE
082-440055
REJANG MEDICAL CENTRE084-341733
TIMBERLAND MEDICAL CENTRE 082-234466
SIBU SPECIALIST CENTRE
084-217700
KUCHING SPECIALIST HOSPITAL082-365777

Jadual Manfaat Kad Perubatan SmartMedic 100

10:28 AM Posted by Al-Mustaqim

Ini ialah Jadual Manfaat bagi Kad Perubatan SmartMedic100

PELAN

PELAN 1 PELAN 2 PELAN 3 PELAN 4

MANFAAT

RM

Had Tahunan Keseluruhan

50,000 100,000 150,000 200,000

Had Seumur Hidup

150,000 300,000 450,000 600,000

Khairat Kematian



5,000



5,000


5,000


5,000



MAKSIMUM SETIAP KETIDAKUPAYAAN

MANFAAT HOSPITAL


Bilik Hospital & Makan
(maks. 200 hari setiap tahun)

150 200
300 450

Unit Rawatan Rapi
(maks. 60 hari setiap tahun)

Mengikut Bayaran Yang Dikenakan

Bekalan & Khidmat Hospital



Bayaran Pembedahan



Bayaran Pakar Bius



B
ilik Bedah


Ujian Diagnostik Pra-Hospital
(dalam masa 60 hari sebelum kemasukan)


Rundingan Pakar Pra-Hospital
(dalam masa 60 dhari sebelum kemasukan)


Lawatan Pakar perubatan Dalam Hospital
(maks. 200 hari setiap tahun)


Rawatan Selepas Penghospitalan
(dalam masa 31 hari dari tarikh keluar)


MANFAAT PESAKIT LUAR


Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan (dalam masa 24 jam dan rawatan susulan sehingga maks. 31 hari)

Mengikut Bayaran Yang Dikenakan

Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam masa 90 hari dari tarikh keluar hospital / pembedahan)


Bayaran Ambulans


300 400 500 750

Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
(setiap tahun)

12,000 18,000 25,000 35,000

Rawatan Kanser Pesakit Luar (setiap tahun)

12,000

18,000 25,000 35,000

MANFAAT-MANFAAT LAIN


Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
(maks. 200 hari setiap tahun)

50 60 75 85

Penjagaan Kejururawatan Di Rumah
(maks. setiap hilang upaya)

500 750 1,000 1,500

Manfaat Penjaga Harian Bagi Kanak-Kanak Yang Diinsuranskan (maks. setiap hilang upaya)

200 250 300 400

Yuran Laporan Perubatan


80 80 100 100

Cukai Perkhidmatan Kerajaan


Mengikut Bayaran Yang Dikenakan


Nota

*Bilik Hospital & Makan - Jumlah kadar bayaran bilik dan makanan di hospital pilihan peserta

*Elaun Harian Tunai Di Hospital Kerajaan - Jumlah elaun harian yang diberi jika peserta diwadkan di mana-mana hospital kerajaan

Don't Let The Rising Medical Cost Bring You Down

9:13 AM Posted by Al-Mustaqim

WE HELP YOU PLAN THE UNPLANNED...SmartMedic 100

Kehidupan anda amat berharga, terutamanya kepada yang tersayang. Ia suatu kenyataan yang menyedihkan namun kehidupan boleh berubah selamanya disebabkan kemalangan ngeri, serangan sakit jantung atau penyakit merbahaya. Kesannya amat meruntun jiwa, terutamanya kepada keluarga anda! Jadi, elakkan diri anda dari terperangkap dalam kejadian mengejut yang tidak diingini ini.



Alhamdulillah, bulan ini Januari 2009, MAA Takaful telah berjaya merealisasikan produk kad perubatan yang ditunggu-tunggu yang dikenali dengan nama SmartMedic 100. Setelah sekian lama menyaksikan rakan-rakan di takaful lain mempromosikan produk medical card masing-masing, sekarang tibalah masa untuk giliran kami pula.


Untuk pengetahuan anda, sebelum ini MAA ada juga menawarkan produk medical card sendiri (MedicaLife 207) tetapi dibawah kendalian MAA Assurance. Kelebihan yang pasti SmartMedic 100 berbanding kad perubatan takaful yang lain ialah kad ini stand alone dan tidak terikat sebagai rider dengan basic takaful atau takafulink. Dengan ini ianya memberi kuasa membeli yang lebih kepada bakal pengguna yang mempunyai bajet yang rendah dan masih mencari-cari pelan kad perubatan takaful kerana carumannya yang lebih murah.


Kelebihan kedua ialah pelanggan tidak perlu membayar co-payment jika dimasukkan ke wad bermakna 100% bil hospital ditanggung oleh MAA Takaful. Disamping itu walaupun pelan ini adalah medical card tetapi ia juga memberi manfaat khairat kematian atas apa jua sebab khusus untuk perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM 5,000.



KENALI KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

SmartMedic 100 adalah satu pelan takaful kesihatan atau lebih khusus lagi takaful kad perubatan untuk membiayai kos perubatan yang efektif dan efisien yang di sediakan oleh MAA Takaful Berhad. Ianya membantu mengatasi biaya perubatan yang tinggi dan menyediakan perlindungan komprehensif untuk kos perubatan, pembedahan serta hospital, yuran ambulans dan caj perubatan berkaitan lain. Semua peserta SmartMedic 100 akan didaftarkan sebagai ahli Metronic iCares Services (satu keahlian dalam Managed Care Organisation)


Salah satu tanggungjawab Metronic iCares Services adalah menguruskan kemudahan urusan keluar masuk hospital yang turut serta dalam program ini. Dengan menggunakan kad perubatan SmartMedic 100, anda tidak perlu menghadapi kerumitan dan hanky panky prosedur tuntutan. Gunakan kad perubatan ini untuk urusan segera kemasukan hospital tanpa memerlukan anda memikirkan kos perubatan yang tinggi.




FAEDAH-FAEDAH SmartMedic 100


i. KAD PERUBATAN SmartMedic 100

Sebagai pemegang kad hanya perlu mengemukakan kad ini di mana-mana hospital yang turut serta untuk kemudahan kemasukkan hospital terpilih. Gunakan kad SmartMedic 100 seperti anda menggunakan kad debit (tunjuk dan beli) dan bukannya seperti kad kredit (tunjuk dan akhirnya menanggung hutang). Bezanya kad perubatan SmartMedic 100 hanya boleh 'shopping' di hospital swasta sahaja tetapi mempunyai credit limit yang tinggi, paling kurang pun RM50K.


ii. PENERIMAAN MELUAS KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

Kad perubatan SmartMedic 100 diterima oleh hospital-hospital yang yang turut serta di seluruh negara (lihat senarai hospital seperti di lampiran) yang menawarkan keistimewaan dan faedah tertentu kepada pemegang kad ketika kemasukan hospital.


iii. PUSAT PANGGILAN 24 JAM
SmartMedic 100

Keahlian menawarkan anda bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan, pengawasan dan lain-lain maklumat perjalanan dalam dan luar negara. Anda hanya perlu menghubungi talian bebas tol 1-800-88-1320


iv. TUNTUTAN MUDAH
SmartMedic 100

Anda tidak perlu risau tentang menyedia dan mengemukakan tuntutan kerana semua biaya di bawah SmartMedic 100 akan di bayar terus kepada panel hospital terpilih. Tiada bil yang melambung tinggi, SmartMedic 100 menyediakan kemudahan kepada semua peserta – ketika ianya amat diperlukan.


v. FAEDAH PERUBATAN KOMPREHENSIF DAN KOMPETITIF


• Pembaharuan TERJAMIN (sehingga umur 79 tahun).
• Had Tahunan yang tinggi (RM50,000 hingga RM200,000).
• Had Seumur Hidup yang tinggi (RM150,000 hingga RM600,000).
• Manfaat Bilik Hospital Dan Makan dari RM150 hingga RM450 sehari.
• Manfaat Khairat Kematian RM5000.
• Tiada Jadual Pembedahan Terbatas.
• Pembedahan Harian.
• Rawatan Luar Pesakit Kanser dan Buah Pinggang.
• Penjagaan Kejururawatan di Rumah
• Biaya Penginapan.
• Yuran Laporan Perubatan
• Perlindungan 24 jam seluruh dunia.



KENAPA MEMILIH SmartMedic 100

SmartMedic 100 menjadi pilihan ramai peserta di Malaysia kerana faktor-faktor berikut :-

i. Tiada Co-Payment (Cashless). Semua kos pembedahan, rawatan di hospital di bayar sepenuhnya 100% oleh MAA (anda tidak perlu memikirkan beban kewangan jika berlaku musibah kepada peserta).

ii. SmartMedic 100 menawarkan hospital swasta yang terpilih dan eksklusif kepada setiap peserta. Anda mampu mendapat rawatan terbaik dan selesa tanpa memerlukan tunai dari akaun simpanan anda. Rujuk senarai panel.

iii. Jumlah sumbangan yang rendah berbanding kelebihan dan faedah yang bakal diperolehi setiap peserta yang menyertai SmartMedic 100

iv. Mod bayaran yang fleksibel yang ditawarkan MAA Takaful – mampu memenuhi spesifikasi dan kemampuan kewangan syarikat.

v. Perkongsian lebihan keuntungan (50:50) jika ada.



JUMLAH PREMIUM/SUMBANGAN TAHUNAN

Jumlah premium tahunan bergantung kepada Pelan yang diambil, Jantina dan Umur peserta yang menyertai SmartMedic 100. Untuk mengetahui kadar sumbangan sila rujuk jadual ini.



SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?

1) Peserta yang ingin dilindungi mestilah berumur 30 hari hingga 59 tahun manakala pembaharuan sehingga berumur 79 tahun.

2) Pembayar sumbangan pula mestilah berumur 18 tahun keatas.

3) Anda foreigners? Jangan risau, anda (expatriates and professionals) juga boleh menyertai pelan ini jika anda memiliki status PR.

4) Anda foreigners tapi manual workers sahaja. Jangan risau juga kerana anda pun boleh sertai pelan ini.

5) Anda adalah peserta 'Malaysia My Second Home'. Anda pun layak sertai pelan ni kerana bersusah-payah kerajaan Malaysia jemput anda tinggal disini, takkanlah kita tidak menjaga welfare anda.


MOD BAYARAN


MAA Takaful menawarkan 3 jenis mod bayaran untuk SmartMedic 100. Bayaran sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk tahunan, setengah tahun dan suku tahunan. Bagaimanapun saya mencadangkan sebaiknya bayaran dilakukan dalam bentuk tahunan (menjimatkan jumlah bayaran sumbangan)

Bayaran boleh dilakukan melalui tunai, kredit kad, cek atau bank-draft.

Di manakah insurans kesihatan di hati anda?

9:02 AM Posted by Al-Mustaqim

Ramai yang berpendapat bahawa menyertai polisi insurans/takaful adalah merupakan satu pembaziran, apatah lagi membeli insurans perubatan/kad perubatan, dalam erti kata lain menolak kepentingan pemilikan insurans. Dalam pemerhatian saya terdapat dua kategori manusia di Malaysia yang termasuk dalam golongan ini.

Kategori 1
Mereka yang masih lagi sihat walafiat tubuh badannya dan tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berjumpa doktor, maksudnya tidak pernah mengalami sakit yang kritikal dan beranggapan dirinya akan sentiasa sihat jika mengamalkan hidup yang sihat dan teratur. Kedudukan kewangan pula dikategorikan sihat iaitu mempunyai pendapatan yang lebih dari cukup dan mempunyai simpanan berbelas ribu ringit di dalam ASB.

Kategori 2
Mereka yang kesihatan tubuh badannya masih lagi di kategori 1 tetapi kedudukan kewangan berada dalam kategori yang lebih sihat umpamanya mempunyai simpanan ASB yang telah penuh kuota suami-isteri dan sentiasa mencari peluang untuk membuat pelaburan tidak kiralah didalam saham, hartanah dan sebagainya.

Kategori 3
Mereka yang dalam hidupnya tidak pernah terdedah dengan pembelajaran dan pengetahuan mengenai insurans/takaful dan tidak pernah ingin mengambil tahu apa itu insurans serta kepentingannya. Samada kesihatan mereka ditahap kategori 1 atau mengalami sakit apa sekalipun, mereka masih lagi menganggap insurans itu merupakan satu pembaziran.

Golongan ini kebiasaannya terdapat di kampung-kampung atau pedalaman. Amat malang bagi mereka ini kerana walaupun kadang-kadang saya cuba berkongsi ilmu insurans/takaful dengan mereka tapi begitu susah untuk membuka minda-minda ini. Di sini saya akan fokus perbincangan kepada golongan 1 dan 2 sahaja.

Golongan 1 adalah mereka yang dikurniakan Allah SWT kesihatan dan kehidupan yang sempurna dalam menjalani kehidupan sementara di dunia yang fana ini. Mereka ini tidaklah beriya-iya sangat untuk mencari harta sabanyak-banyaknya, cukuplah untuk menempuh kehidupan sekarang yang sempurna dan sentiasa menabung untuk bekalan alam persaraan nanti.

Golongan ke 2 merupakan mereka yang sukses dalam hidup, terutamanya dari segi pendapatan kewangan dan tubuh badan masih lagi sentiasa sihat. Mereka ini bekerja keras dalam hidup dan bila sampai satu tahap hanya membiarkan wang yang ada bekerja untuk menambahkan wang lagi. Motto golongan ini ialah wang buat wang bukannya kerja buat wang.

Mereka berpendapat tiada gunanya menghabiskan wang untuk membeli insurans terutamanya insuran perubatan/kesihatan kerana wang yang dibayar akan hangus begitu sahaja jika tiada apa-apa yang berlaku keatas diri mereka (tiada sebarang claim yang dibuat).

Lagipun wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk melabur untuk membuat wang beranak pinak lagi. Mengapa mereka hendak menghabiskan wang untuk polisi insurans yang tidak perlu sedangkan wang itu boleh beranak lagi. Lagipun kalau berlaku apa-apa kecelakaan, bukankah mereka mempunya wang yang cukup banyak di dalam bank untuk membiayai kos rawatan dan sebagainya. Mengapa perlu lagi untuk mereka membeli insurans?

Wahai saudara-saudariku, kawan-kawan dan pembaca sekalian, terutamya golongan 1 dan 2 di atas, Janganlah saudara lupa yang Allah SWT boleh menarik kembali segala nikmat yang diberiNya selama ini, mungkin sebagai ujian kepada hambanya atau sebagai peringatan. Janganlah saudara beranggapan jika saudara telah berusaha untuk menjaga kesihatan diri dengan sebetulnya dan berusaha dengan gigih memperkukuhkan kewangan saudara sekeluarga maka kehidupan akan sentiasa selari dengan kehendak dan percaturan saudara.

Amat mudah ya saudara saudari. Cukup mudah. Perniagaan merosot, diberhentikan kerja, kemalangan dijalanraya, jatuh ditandaa, ditimpa sakit jantung kerana kuat bekerja, kencing manis kerana hati terlalu gembira sebab tiada kerunsingan masalah hidup jadi makan pun berselera le..hehe. Banyak caranya jika Allah SWT ingin menguji kita, jadi fikir-fikirlah sendiri.

Bila berlaku hal-hal demikian sanggupkah saudara-saudara di golongan 1 mengorek 30K wang tabungan ASB yang disimpan bebelas-belas tahun untuk simpanan hari tua semata-mata untuk dihabiskan dalam sekelip mata sahaja bagi membiayai kos perubatan dan sebagainya.

Bagi golongan 2, walaupun bagi anda 30K itu mungkin tiada apa apa ertinya, dan anda mungkin boleh menggantinya balik sebulan dua tetapi tidakkah anda rasa berbaloi menyedekahkan wang sebanyak itu kepada hospital-hospital swasta. Bukankah lebih elok dan afdal jika wang tersebut disedekah kepada masjid, boleh juga buat amal jariah. Berapa ramai antara kita yang memberi sedekah 30K kepada masjid?

Jadi insurans perubatan tersangatlah penting terutamanya untuk pekerja swasta dan bekerja sendiri dan pekerja sektor awam yang tidak mahu bersusah payah menunggu giliran, bersesak-sesak dan hanky panky seperti mana yang anda sedia maklum.

Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kesihatan kita mendapat penjagaan dan pembelaan yang sewajarnya malah ianya dapat menjimatkan wang anda dalam jangkamasa panjang.

Jika anda telah merancang kehidupan, perancangan perlindungan pendapatan dan kesihatan anda mestilah terletak ditempat teratas dalam senarai kepentingan anda, barulah dituruti dengan perancangan pelaburan, estate planning dan lain-lain. Hubungilah mana-mana perancang kewangan bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang kepakaran masing-masing.

Jika anda melindungi rumah anda dengan insurans/takaful MRTA dan sebagainya kerana kepentingan nilainya, maka anda juga sepatutnya menginsuranskan kesihatan anda. Bukankah tubuh yang sihat itu tidak terrrrrrnilai harganya?

Medical Card & Type of Benefits

9:14 AM Posted by Al-Mustaqim

Di manakah manfaat untuk anda jika menyertai insurans/takaful kad perubatan?

Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis polisi yang disertai.
Ada 3 jenis keadaan manfaat yang seharusnya anda perincikan ketika meyertai mana-mana pelan kad perubatan.


1) Manfaat yang BIASANYA DILINDUNGI.

• Caj penginapan hospital (bilik & makanan) dan belanja rawatan
• Belanja pembedahan (caj pakar bedah & kos yang berkaitan dengan
pembedahan)
• Belanja doktor perubatan
• Ujian untuk pesakit yang masuk wad

2) Manfaat yang KADANG-KADANG DILINDUNGI (baca dengan dengung teka-teki Nujum Pak Belalang).

• Tuntutan luar negeri
• Manfaat kemalangan maut
• Ujian atau perundingan untuk pesakit luar

3) Manfaat yang BIASANYA TIDAK DILINDUNGI.

• Bersalin
• Penyakit kongenital
• Kecederaan akibat kemalangan atau sakit kerana terlibat dalam perlumbaan
• Pembedahan kosmetik atau plastik
• Rawatan pergigian termasuk pembedahan mulut


Nah, Jika anda didatangi ejen insurans atau wakil takaful yang ingin mempromosi kad perubatan, cubalah ringan-ringankan mulut bertanya berkenaan manfaat-manfaat ini. Buat masa sekarang tiada satu pun syarikat insurans di Malaysia ini yang pelan kad perubatannya menawarkan 100% manfaat seperti di atas tetapi anda masih boleh memilih yang terbaik maka pilihlah yang terbaik untuk anda, jangan langsung tidak.

Tidak semestinya yang paling mahal itu adalah yang terbaik dan yang paling murah itu sudah memadai, pokoknya sesuatu pelan itu mestilah berpadanan dengan keperluan dan ketebalan poket anda. Jika anda masih lagi kabur cuba lihat disini.