MAA Takaful CancerCare - Persediaan Khusus Menghadapi Kanser
9:59 AM Posted by Al-Mustaqim
Pelan CancerCare di reka khusus untuk membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan penyakit kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan.
Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila anda disahkan mendapat penyakit kanser di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.
Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser DAN Kanser Khusus Jantina ATAU Karsinoma In Situ (CIS). Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.
Kanser Khusus Jantina
| Kanser Khusus Lelaki | Kanser Khusus Wanita |
| Kanser Nasofarinks | Kanser Serviks |
| Kanser Usus Kecil | Kanser Uterus |
| Kanser Kolon (tidak termasuk rektum) | Kanser Ovari |
| Kanser Prostat | Kanser Payu Dara |
| Kanser Paru-Paru | Kanser Vagina |
Manfaat Karsinoma In Situ (CIS)
| CIS Khusus Lelaki | CIS Khusus Wanita |
| CIS Nasofarinks | CIS Serviks |
| CIS Usus Kecil | CIS Uterus |
| CIS Kolon (tidak termasuk rektum) | CIS Ovari |
| CIS Prostat | CIS Payu Dara |
| CIS Paru-Paru | CIS Vagina |
Belanja Pengebumian
Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.
Mengapa anda patut memilih CancerCare?
• Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser.
• Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser.
• Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun.
• Pelepasan cukai sehingga RM3,000.
• Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.
Penyakit yang dilindungi di bawah CancerCare
Manfaat sepintas lalu
| 1. Manfaat Kanser | 1. Selepas Disahkan menghidap Karsinoma In Situ (CIS) :
2. Apabila Disahkan menghidap Kanser:
3. Perlindungan Kanser Maksimum:125% Jumlah Perlindungan 4. Jumlah Perlindungan bergantung kepada jenis pelan. 5. Sijil akan ditamatkan selepas bayaran penuh Manfaat Kanser. |
| 2. Belanja Pengebumian | 1. RM10,000 akan dibayar apabila berlaku kematian atas apa jua sebab. |
JADUAL PELAN & MANFAAT CANCERCARE
Nota: Jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)Contoh Tahap Perlindungan Pelan 4 (RM 100,000)
Senario 1: Jika Peserta Disahkan Menghidap Kanser Khusus Jantina
• Tuntutan CIS 25% dibuat.
• Baki 75% daripada Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.
• Bayaran tambahan 25% perlu dibayar jika kanser yang disahkan adalah GSC.
• Jumlah Bayaran: RM 125,000
Senario 2: Jika Peserta Disahkan Menghidap Kanser Khusus Jantina
• Tiada tuntutan CIS dibuat.
• 100% Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.
• Bayaran tambahan 25% jika kanser yang disahkan ialah GSC.
• Jumlah Bayaran : RM 125,000
Senario 3: Tiada Kanser Disahkan
• Tuntutan CIS 25% dibuat.
• Tiada Kanser Biasa atau GSC disahkan.
• Jumlah Bayaran: RM 25,000
Senario 4: Disahkan Menghidap Kanser Tidak Khusus Jantina
• Tuntutan CIS 25% dibuat.
• Baki 75% Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.
• Jumlah Bayaran: RM 100,000
Senario 5: Kematian Atas Apa jua Sebab
• Tuntutan CIS 25% dibuat.
• RM 10,000 perlu dibayar apabila berlaku kematian.
• Senario ini berlaku jika kematian disebabkan oleh Kanser tetapi tiada tuntutan manfaat Kanser dibuat sebelum kematian.
• Jumlah Bayaran: RM 35,000
KADAR CARUMAN
Contoh Caruman
Caruman Tahunan bagi Jumlah Perlindungan RM100,000
| Usia 25 Tahun | Lelaki | RM 222.87 |
| Wanita | RM 507.89 | |
| Usia 35 Tahun | Lelaki | RM 307.7 |
| Wanita | RM 619.28 | |
| Usia 45 Tahun | Lelaki | RM 808.45 |
| Wanita | RM1141.55 | |
| Usia 55 Tahun | Lelaki | RM2058.66 |
| Wanita | RM2285.86 |
Kelayakan
1. Tempoh Produk - Pembaharuan Tahunan Sehingga Usia 75 Tahun
2. Usia Penyertaan
- Orang Dilindungi : 0 – 65 Tahun
- Peserta : 18 – tiada had tahun
3. Kaedah Caruman Minimum
- RM50.00 bagi sebarang kaedah bayaran
Kanser - Pembunuh No. 2 di Malaysia
9:45 AM Posted by Al-Mustaqim
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Biasanya kita tidak ambil kisah sangat tentang sesuatu penyakit itu sehinggalah diri kita sendiri atau ahli keluarga terdekat yang mengalaminya sendiri. Dari saat itu perjalanan dan rutin hidup kita akan berubah dalam sekelip mata sahaja.
"KANSER" Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak dinafikan kanser akan membuatkan diri kita merana. Maka tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji. Untuk mengatasi kanser ialah dengan mengharapkan kemajuan teknologi perubatan terkini mampu menyembuhkan penyakit ini serta BERDOA kepada yang SATU agar kesihatan diri kembali seperti sediakala.
Namun perlu difikirkan selain dari ketabahan hati kita dan aspek rohani, sudahkah anda membuat persediaan dari segi kewangan untuk menghadapi ujian ini? Pastikan diri anda tidak dibebani dengan masalah kewangan. Jika belum, MAA Takaful ada menyediakan satu pelan khusus untuk anda yang dikenali sebagai CancerCare.
