Contribution Rate For SmartMedic 100

8:53 AM Posted by Al-Mustaqim

Ini adalah jadual kadar sumbangan tahunan bagi menyertai pelan kad perubatan SmartMedic 100. Perlu dijelaskan kadar sumbangan adalah mengikut umur dan jantina peserta.



Yang di bawah ialah kadar sumbangan bagi peserta wanita.

Jadual Manfaat Kad Perubatan SmartMedic 100

10:28 AM Posted by Al-Mustaqim

Ini ialah Jadual Manfaat bagi Kad Perubatan SmartMedic100

PELAN

PELAN 1 PELAN 2 PELAN 3 PELAN 4

MANFAAT

RM

Had Tahunan Keseluruhan

50,000 100,000 150,000 200,000

Had Seumur Hidup

150,000 300,000 450,000 600,000

Khairat Kematian



5,000



5,000


5,000


5,000



MAKSIMUM SETIAP KETIDAKUPAYAAN

MANFAAT HOSPITAL


Bilik Hospital & Makan
(maks. 200 hari setiap tahun)

150 200
300 450

Unit Rawatan Rapi
(maks. 60 hari setiap tahun)

Mengikut Bayaran Yang Dikenakan

Bekalan & Khidmat Hospital



Bayaran Pembedahan



Bayaran Pakar Bius



B
ilik Bedah


Ujian Diagnostik Pra-Hospital
(dalam masa 60 hari sebelum kemasukan)


Rundingan Pakar Pra-Hospital
(dalam masa 60 dhari sebelum kemasukan)


Lawatan Pakar perubatan Dalam Hospital
(maks. 200 hari setiap tahun)


Rawatan Selepas Penghospitalan
(dalam masa 31 hari dari tarikh keluar)


MANFAAT PESAKIT LUAR


Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan (dalam masa 24 jam dan rawatan susulan sehingga maks. 31 hari)

Mengikut Bayaran Yang Dikenakan

Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam masa 90 hari dari tarikh keluar hospital / pembedahan)


Bayaran Ambulans


300 400 500 750

Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
(setiap tahun)

12,000 18,000 25,000 35,000

Rawatan Kanser Pesakit Luar (setiap tahun)

12,000

18,000 25,000 35,000

MANFAAT-MANFAAT LAIN


Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
(maks. 200 hari setiap tahun)

50 60 75 85

Penjagaan Kejururawatan Di Rumah
(maks. setiap hilang upaya)

500 750 1,000 1,500

Manfaat Penjaga Harian Bagi Kanak-Kanak Yang Diinsuranskan (maks. setiap hilang upaya)

200 250 300 400

Yuran Laporan Perubatan


80 80 100 100

Cukai Perkhidmatan Kerajaan


Mengikut Bayaran Yang Dikenakan


Nota

*Bilik Hospital & Makan - Jumlah kadar bayaran bilik dan makanan di hospital pilihan peserta

*Elaun Harian Tunai Di Hospital Kerajaan - Jumlah elaun harian yang diberi jika peserta diwadkan di mana-mana hospital kerajaan

Don't Let The Rising Medical Cost Bring You Down

9:13 AM Posted by Al-Mustaqim

WE HELP YOU PLAN THE UNPLANNED...SmartMedic 100

Kehidupan anda amat berharga, terutamanya kepada yang tersayang. Ia suatu kenyataan yang menyedihkan namun kehidupan boleh berubah selamanya disebabkan kemalangan ngeri, serangan sakit jantung atau penyakit merbahaya. Kesannya amat meruntun jiwa, terutamanya kepada keluarga anda! Jadi, elakkan diri anda dari terperangkap dalam kejadian mengejut yang tidak diingini ini.



Alhamdulillah, bulan ini Januari 2009, MAA Takaful telah berjaya merealisasikan produk kad perubatan yang ditunggu-tunggu yang dikenali dengan nama SmartMedic 100. Setelah sekian lama menyaksikan rakan-rakan di takaful lain mempromosikan produk medical card masing-masing, sekarang tibalah masa untuk giliran kami pula.


Untuk pengetahuan anda, sebelum ini MAA ada juga menawarkan produk medical card sendiri (MedicaLife 207) tetapi dibawah kendalian MAA Assurance. Kelebihan yang pasti SmartMedic 100 berbanding kad perubatan takaful yang lain ialah kad ini stand alone dan tidak terikat sebagai rider dengan basic takaful atau takafulink. Dengan ini ianya memberi kuasa membeli yang lebih kepada bakal pengguna yang mempunyai bajet yang rendah dan masih mencari-cari pelan kad perubatan takaful kerana carumannya yang lebih murah.


Kelebihan kedua ialah pelanggan tidak perlu membayar co-payment jika dimasukkan ke wad bermakna 100% bil hospital ditanggung oleh MAA Takaful. Disamping itu walaupun pelan ini adalah medical card tetapi ia juga memberi manfaat khairat kematian atas apa jua sebab khusus untuk perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM 5,000.



KENALI KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

SmartMedic 100 adalah satu pelan takaful kesihatan atau lebih khusus lagi takaful kad perubatan untuk membiayai kos perubatan yang efektif dan efisien yang di sediakan oleh MAA Takaful Berhad. Ianya membantu mengatasi biaya perubatan yang tinggi dan menyediakan perlindungan komprehensif untuk kos perubatan, pembedahan serta hospital, yuran ambulans dan caj perubatan berkaitan lain. Semua peserta SmartMedic 100 akan didaftarkan sebagai ahli Metronic iCares Services (satu keahlian dalam Managed Care Organisation)


Salah satu tanggungjawab Metronic iCares Services adalah menguruskan kemudahan urusan keluar masuk hospital yang turut serta dalam program ini. Dengan menggunakan kad perubatan SmartMedic 100, anda tidak perlu menghadapi kerumitan dan hanky panky prosedur tuntutan. Gunakan kad perubatan ini untuk urusan segera kemasukan hospital tanpa memerlukan anda memikirkan kos perubatan yang tinggi.




FAEDAH-FAEDAH SmartMedic 100


i. KAD PERUBATAN SmartMedic 100

Sebagai pemegang kad hanya perlu mengemukakan kad ini di mana-mana hospital yang turut serta untuk kemudahan kemasukkan hospital terpilih. Gunakan kad SmartMedic 100 seperti anda menggunakan kad debit (tunjuk dan beli) dan bukannya seperti kad kredit (tunjuk dan akhirnya menanggung hutang). Bezanya kad perubatan SmartMedic 100 hanya boleh 'shopping' di hospital swasta sahaja tetapi mempunyai credit limit yang tinggi, paling kurang pun RM50K.


ii. PENERIMAAN MELUAS KAD PERUBATAN
SmartMedic 100

Kad perubatan SmartMedic 100 diterima oleh hospital-hospital yang yang turut serta di seluruh negara (lihat senarai hospital seperti di lampiran) yang menawarkan keistimewaan dan faedah tertentu kepada pemegang kad ketika kemasukan hospital.


iii. PUSAT PANGGILAN 24 JAM
SmartMedic 100

Keahlian menawarkan anda bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan, pengawasan dan lain-lain maklumat perjalanan dalam dan luar negara. Anda hanya perlu menghubungi talian bebas tol 1-800-88-1320


iv. TUNTUTAN MUDAH
SmartMedic 100

Anda tidak perlu risau tentang menyedia dan mengemukakan tuntutan kerana semua biaya di bawah SmartMedic 100 akan di bayar terus kepada panel hospital terpilih. Tiada bil yang melambung tinggi, SmartMedic 100 menyediakan kemudahan kepada semua peserta – ketika ianya amat diperlukan.


v. FAEDAH PERUBATAN KOMPREHENSIF DAN KOMPETITIF


• Pembaharuan TERJAMIN (sehingga umur 79 tahun).
• Had Tahunan yang tinggi (RM50,000 hingga RM200,000).
• Had Seumur Hidup yang tinggi (RM150,000 hingga RM600,000).
• Manfaat Bilik Hospital Dan Makan dari RM150 hingga RM450 sehari.
• Manfaat Khairat Kematian RM5000.
• Tiada Jadual Pembedahan Terbatas.
• Pembedahan Harian.
• Rawatan Luar Pesakit Kanser dan Buah Pinggang.
• Penjagaan Kejururawatan di Rumah
• Biaya Penginapan.
• Yuran Laporan Perubatan
• Perlindungan 24 jam seluruh dunia.



KENAPA MEMILIH SmartMedic 100

SmartMedic 100 menjadi pilihan ramai peserta di Malaysia kerana faktor-faktor berikut :-

i. Tiada Co-Payment (Cashless). Semua kos pembedahan, rawatan di hospital di bayar sepenuhnya 100% oleh MAA (anda tidak perlu memikirkan beban kewangan jika berlaku musibah kepada peserta).

ii. SmartMedic 100 menawarkan hospital swasta yang terpilih dan eksklusif kepada setiap peserta. Anda mampu mendapat rawatan terbaik dan selesa tanpa memerlukan tunai dari akaun simpanan anda. Rujuk senarai panel.

iii. Jumlah sumbangan yang rendah berbanding kelebihan dan faedah yang bakal diperolehi setiap peserta yang menyertai SmartMedic 100

iv. Mod bayaran yang fleksibel yang ditawarkan MAA Takaful – mampu memenuhi spesifikasi dan kemampuan kewangan syarikat.

v. Perkongsian lebihan keuntungan (50:50) jika ada.



JUMLAH PREMIUM/SUMBANGAN TAHUNAN

Jumlah premium tahunan bergantung kepada Pelan yang diambil, Jantina dan Umur peserta yang menyertai SmartMedic 100. Untuk mengetahui kadar sumbangan sila rujuk jadual ini.



SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?

1) Peserta yang ingin dilindungi mestilah berumur 30 hari hingga 59 tahun manakala pembaharuan sehingga berumur 79 tahun.

2) Pembayar sumbangan pula mestilah berumur 18 tahun keatas.

3) Anda foreigners? Jangan risau, anda (expatriates and professionals) juga boleh menyertai pelan ini jika anda memiliki status PR.

4) Anda foreigners tapi manual workers sahaja. Jangan risau juga kerana anda pun boleh sertai pelan ini.

5) Anda adalah peserta 'Malaysia My Second Home'. Anda pun layak sertai pelan ni kerana bersusah-payah kerajaan Malaysia jemput anda tinggal disini, takkanlah kita tidak menjaga welfare anda.


MOD BAYARAN


MAA Takaful menawarkan 3 jenis mod bayaran untuk SmartMedic 100. Bayaran sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk tahunan, setengah tahun dan suku tahunan. Bagaimanapun saya mencadangkan sebaiknya bayaran dilakukan dalam bentuk tahunan (menjimatkan jumlah bayaran sumbangan)

Bayaran boleh dilakukan melalui tunai, kredit kad, cek atau bank-draft.

MAA Takaful CancerCare - Persediaan Khusus Menghadapi Kanser

9:59 AM Posted by Al-Mustaqim

Pelan MAA Takaful CancerCare - Jaminan kewangan membantu menentang kanser

Pelan CancerCare di reka khusus untuk membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan penyakit kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan.

Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila anda disahkan mendapat penyakit kanser di peringkat awal dan lanjutan.

Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.


Mengenai CancerCare

CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser DAN Kanser Khusus Jantina ATAU Karsinoma In Situ (CIS). Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.


Kanser Khusus Jantina


Kanser Khusus Lelaki Kanser Khusus Wanita
Kanser Nasofarinks Kanser Serviks
Kanser Usus Kecil
Kanser Uterus
Kanser Kolon (tidak termasuk rektum) Kanser Ovari
Kanser Prostat Kanser Payu Dara
Kanser Paru-ParuKanser Vagina





Manfaat Karsinoma In Situ (CIS)

CIS Khusus Lelaki CIS Khusus Wanita
CIS Nasofarinks CIS Serviks
CIS Usus Kecil CIS Uterus
CIS Kolon (tidak termasuk rektum) CIS Ovari
CIS Prostat CIS Payu Dara
CIS Paru-ParuCIS Vagina





Belanja Pengebumian

Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.



Mengapa anda patut memilih CancerCare?

• Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser.

• Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser.

• Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun.

• Pelepasan cukai sehingga RM3,000.

• Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.







Penyakit yang dilindungi di bawah CancerCare

Manfaat sepintas lalu

1. Manfaat Kanser
1. Selepas Disahkan menghidap Karsinoma In Situ (CIS) :
  • Hanya dibayar ke CIS untuk Kanser Khusus Jantina.
  • Bayaran dipercepat 25% Jumlah Perlindungan.
  • Jumlah Maksimum: RM 50,000

2. Apabila Disahkan menghidap Kanser:
  • Baki Jumlah Perlindungan selepas bayaran manfaat CIS dibayar.
  • Jika kanser yang disahkan adalah Kanser Khusus Jantina (GSC), tambahan 25% Jumlah Perlindungan perlu dibayar.

3. Perlindungan Kanser Maksimum:125% Jumlah Perlindungan

4. Jumlah Perlindungan bergantung kepada jenis pelan.

5. Sijil akan ditamatkan selepas bayaran penuh Manfaat Kanser.
2. Belanja Pengebumian
1. RM10,000 akan dibayar apabila berlaku kematian atas apa jua sebab.



JADUAL PELAN & MANFAAT CANCERCARE

Nota: Jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)




Contoh Tahap Perlindungan Pelan 4 (RM 100,000)



Senario 1: Jika Peserta Disahkan Menghidap Kanser Khusus Jantina

• Tuntutan CIS 25% dibuat.

• Baki 75% daripada Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.

• Bayaran tambahan 25% perlu dibayar jika kanser yang disahkan adalah GSC.

• Jumlah Bayaran: RM 125,000



Senario 2: Jika Peserta Disahkan Menghidap Kanser Khusus Jantina

• Tiada tuntutan CIS dibuat.

• 100% Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.

• Bayaran tambahan 25% jika kanser yang disahkan ialah GSC.

• Jumlah Bayaran : RM 125,000



Senario 3: Tiada Kanser Disahkan

• Tuntutan CIS 25% dibuat.

• Tiada Kanser Biasa atau GSC disahkan.

• Jumlah Bayaran: RM 25,000



Senario 4: Disahkan Menghidap Kanser Tidak Khusus Jantina

• Tuntutan CIS 25% dibuat.

• Baki 75% Jumlah Perlindungan perlu dibayar selepas disahkan menghidap Kanser.

• Jumlah Bayaran: RM 100,000



Senario 5: Kematian Atas Apa jua Sebab

• Tuntutan CIS 25% dibuat.

• RM 10,000 perlu dibayar apabila berlaku kematian.

• Senario ini berlaku jika kematian disebabkan oleh Kanser tetapi tiada tuntutan manfaat Kanser dibuat sebelum kematian.

• Jumlah Bayaran: RM 35,000




KADAR CARUMAN


Contoh Caruman

Caruman Tahunan bagi Jumlah Perlindungan RM100,000

Usia 25 Tahun
Lelaki RM 222.87

Wanita RM 507.89



Usia 35 Tahun Lelaki RM 307.7

Wanita RM 619.28



Usia 45 Tahun
Lelaki
RM 808.45

Wanita
RM1141.55



Usia 55 Tahun
Lelaki
RM2058.66

Wanita
RM2285.86




Kelayakan

1. Tempoh Produk - Pembaharuan Tahunan Sehingga Usia 75 Tahun

2. Usia Penyertaan
- Orang Dilindungi : 0 – 65 Tahun
- Peserta : 18 – tiada had tahun

3. Kaedah Caruman Minimum
- RM50.00 bagi sebarang kaedah bayaran

Kanser - Pembunuh No. 2 di Malaysia

9:45 AM Posted by Al-Mustaqim

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Biasanya kita tidak ambil kisah sangat tentang sesuatu penyakit itu sehinggalah diri kita sendiri atau ahli keluarga terdekat yang mengalaminya sendiri. Dari saat itu perjalanan dan rutin hidup kita akan berubah dalam sekelip mata sahaja.

"KANSER" Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.

Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak dinafikan kanser akan membuatkan diri kita merana. Maka tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji. Untuk mengatasi kanser ialah dengan mengharapkan kemajuan teknologi perubatan terkini mampu menyembuhkan penyakit ini serta BERDOA kepada yang SATU agar kesihatan diri kembali seperti sediakala.

Namun perlu difikirkan selain dari ketabahan hati kita dan aspek rohani, sudahkah anda membuat persediaan dari segi kewangan untuk menghadapi ujian ini? Pastikan diri anda tidak dibebani dengan masalah kewangan. Jika belum, MAA Takaful ada menyediakan satu pelan khusus untuk anda yang dikenali sebagai CancerCare.

MAA Takaful Haji untuk ke Mekah

9:35 AM Posted by Al-Mustaqim

Nama Pelan Takaful : TAKAFUL HAJI MAA TAKAFUL
Tujuan Pelan : Simpanan alternatif selain dari Tabung Haji untuk MENUNAIKAN UMRAH / HAJI DI MEKAH.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah

berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. “Wahai
manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu
ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya”.



NAMA: BAKAL HAJI
UMUR : 25 TAHUN

CARUMAN
RM 4,800
SETAHUN @
RM 400
SEBULAN
CARUMAN
RM 3,600
SETAHUN @
RM 300
SEBULAN


CARUMAN

RM 2,400
SETAHUN @
RM 300
SEBULAN


CARUMAN
RM 1,200
SETAHUN @
RM 400
SEBULAN
CARUMAN
RM 960
SETAHUN @
RM 400
SEBULAN
UNJURAN KEUNTUNGAN
7% SETAHUN 7% SETAHUN 7% SETAHUN 7% SETAHUN 7% SETAHUN
Jumlah Wang Caruman Selama 15 Tahun
72,000
54,00036,000
18,000
14,400
Tunai Untuk Haji / Umrah di Mekah
- Tahun ke 15
98,204 73,797
47,940

23,134
18,101
Jumlah Wang Caruman Selama 25 Tahun 120,000
90,000
60,000
30,000
24,000
Modal Perniagaan
- Tahun ke 25
222,019165,960108.30452,57640,895
Jumlah Wang Caruman Selama 30 Tahun 144,000
108,000
72,000
36,000
28,800
Persaraan
- Tahun ke 30
292,651202,063 142,756 68,741 52,103
MANFAAT LAIN





Jika Berlaku 36 Penyakit Kritikal
SIMPANAN PERCUMASIMPANAN PERCUMASIMPANAN PERCUMASIMPANAN PERCUMASIMPANAN PERCUMA
Jika Meninggal di Mekah
50,00050,00030,00020,00020,000
Khairat Kematian
7,000
7,0007,0007,0007,000



Huraian Manfaat dan & Contoh Bagi Caruman @ RM 3,600 setahun atau RM300/sebulan

Nama : Salleh Mat Hussin
Umur : 25 tahun (contoh)
Caruman : RM 3,600 setahun @ RM 300 sebulan
Dividen (unjuran) : 7 % p.a

Jika ditakdirkan Allah SWT bahawa Salleh sihat walfiat dan beliau tidak pernah mengeluarkan wang yang disimpan di dalam pelan Takaful Haji ini;

1) Di Tahun Ke 15 - Salleh / Bakal Haji telah membayar caruman Takaful Haji sebanyak RM 54,000 dan mempunyai RM 73,797 JUMLAH SIMPANAN TUNAI . Ketika ini Bakal Haji telah mencapai umur 4o tahun, iaitu umur yang amat sesuai untuk TUJUAN MENUNAIKAN HAJI / UMRAH DI TANAH SUCI. Orang kata Life Begin at 40. INSYAALLAH.

2) Di Tahun Ke 25 - Salleh telah membayar caruman Takaful Haji sebanyak RM 90,000 dan mempunyai RM 165,960 JUMLAH SIMPANAN TUNAI. Umur pun sudah mencecah 50 tahun, jadi bolehlah belajar hendak berniaga jadi duit yang ada bolehlah digunakan sebagai MODAL PERNIAGAAN.

3) Di Tahun Ke 30 - Salleh telah membayar caruman Takaful Haji sebanyak RM 90,000 dan mempunyai RM 165,960 JUMLAH SIMPANAN TUNAI. Pejam celik, pejam celik umur pun sudah mencecah usia persaraan, duit yang ada adalah bekalan untuk kegunaan PERSARAAN



KELEBIHAN DAN CIRI-CIRI SIMPANAN

Selain dari nilai simpanan tunai yang terkumpul, Salleh juga mendapat manfaat tambahan seperti berikut:

  1. SIMPANAN PERCUMA - Jika Salleh mendapat penyakit kritikal Simpanan beliau akan MENJADI PERCUMA maksudnya beliau tidak perlu lagi membayar caruman sehingga tamat tempoh matang walaupun beliau baru membayar caruman selama 6 bulan.
  2. KHAIRAT KEMATIAN – Jika Salleh meninggal dunia, Sebanyak RM7,000 (dibayar 24 jam) – akan dibayar kepada keluarga Salleh untuk urusan pengkebumian.
  3. UPAH HAJI – Jika berlaku kematian awal / hilang upaya kekal sebelum simpanan ke Tanah Suci mencukupi – UPAH HAJI akan dibuat kepada si pencarum (Salleh).
  4. PERLINDUNGAN DI MEKAH SEBANYAK RM50,000 (mengikut jumlah caruman) jika berlaku musibah (KEMATIAN / KECEDERAAN) semasa menunaikan UMRAH / HAJI di MEKAH.
  5. Simpanan boleh di HIBBAH / WASI kepada orang tersayang.
  6. Pembayaran Zakat di buat setiap tahun oleh MAA TAKAFUL.
  7. Simpanan peserta diuruskan secara professional oleh CIMB SYARIAH.
  8. Pulangan yang tinggi (antara 7% -10% setiap tahun).
  9. Simpanan secara BERDISIPLIN & BERTERUSAN oleh MAA Takaful dalam memastikan niat suci ke Tanah Suci tercapai !


* % Unjuran keuntungan adalah tidak terjamin.
* Risalah ini bukan merupakan satu kontrak sijil. Sila rujuk kepada sijil yang dikeluarkan MAA TAKAFUL.

MAA Takaful Hibbah For Protection and Saving

7:28 PM Posted by Al-Mustaqim

Nama Pelan Takaful : MAA TAKAFUL HIBBAH
Tujuan Pelan : PERLINDUNGAN MAKSIMUM melalui kaedah Simpanan dan Pelaburan
Instrument : Takafulink

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” (Al-Bukhori)"


MAA TAKAFUL HIBBAH – SIMPANAN 10 dalam 1

BIL

MANFAAT


1
Khairat Kematian (biasa) – sehingga RM 1,000,000
2
Pampasan hilang upaya kekal (HUK) – sehingga RM 1,000,000
3
Khairat Kematian (Kemalangan) – sehingga RM 1,500,000
4
Pampasan HUK (Kemalangan) – sehingga RM 1,500,000
5
Tabung 36 Penyakit Kritikal – sehingga RM 200,000
6
Elaun Harian Hospital (Sebarang Sebab) – sehingga RM200 / hari
7
MC (akibat kemalangan) – sehingga RM100 / hari
8
Simpanan akan jadi PERCUMA – jika berlaku 36 Penyakit Kritikal
9
3 DANA yang mampu memberi keuntungan MAKSIMA kepada peserta
10
Kos Pengurusan Pengkebumian (RM2,000 + RM 5,000) – dibayar 24 jam



Berikut ialah Jadual Manfaat yang bakal diperolehi mengikut jumlah caruman tahunan/bulanan.



JUMLAH CARUMAN
VS
MANFAAT

CARUMAN RM 6,000 SETAHUN @ RM 500 SEBULAN

CARUMAN RM 4,800 SETAHUN @ RM 400 SEBULAN CARUMAN RM 3,600 SETAHUN @ RM 300 SEBULAN

CARUMAN RM 2,400 SETAHUN @ RM 200 SEBULAN



CARUMAN RM 1,200 SETAHUN @ RM 100 SEBULAN

MANFAAT




Khairat Kematian (Biasa) 700,000
600,000
400,000

270,000

110,000
Elaun Hilang Upaya Kekal (Biasa) 700,000 600,000 400,000
270,000

110,000
Khairat Kematian (Kemalangan) 900,000 800,000
500,000

340,000

150,000
Elaun Hilang Upaya Kekal (Kemalangan)
900,000

800,000

500,000

340,000

150,000
Perlindungan Penyakit Kritikal
200,000

200,000

150,000

70,000

30,000
Elaun Harian Hospital


200 / hari

200 / hari

200 / hari

200 / hari

200 / hari
MC (Harian) – akibat kemalangan
100 / hari

100 / hari

100 / hari

100 / hari

100 / hari
Jika berlaku 36 penyakit kritikal
PERCUMA

PERCUMA

PERCUMA

PERCUMA

PERCUMA
Saguhati Pengurusan Pengkebumian
2,000 + 5,000

2,000 + 5,000

2,000 + 5,000

2,000 + 5,000

2,000 + 5,000
Jumlah Caruman Anda Bayar Selama 20 tahun
120,000

96,000

72,000

48,000

24,000
Unjuran Pulangan Tunai** Selama 20 tahun
120,403

95,780

70,845

46,091

22,901
Jumlah Caruman Anda Bayar Selama 25 tahun
150000

120,000

90,000

60,000

30,000
Unjuran Pulangan Tunai** Selama 25 Tahun
130,301

105,230

81,022

51,790

29,011


Huraian Manfaat & Contoh Bagi Caruman @ RM 6,000 setahun atau RM500/sebulan

Nama : Rudy Muhammad Naim
Umur : 30 tahun (contoh)
Caruman : RM 6,000 setahun @ RM 500 sebulan
Dividen (unjuran) : 8 % p.a Dikira pada Dana Balance


Selepas 20 tahun;

Rudy telah membayar caruman/sumbangan Takaful sebanyak = RM 120,000 (RM6,000 x 20 tahun). Nilai simpanan tunai selepas ditolak segala jenis komisen dan caj pengendali takaful serta lain-lain caj = RM 120,403


Kesimpulan;


It's a win-win situation. Rudy amat beruntung kerana telah mendapat PERLINDUNGAN RM900,000 secara PERCUMA.

Maksudnya wang sumbangan yang dibayar tidak hangus begitu sahaja seperti kebanyakan pelan insurans hayat tradisional. Melalui pelaburan dalam dana tertentu nilai wang tersebut dapat di naikkan kembali hingga ke nilai kos sumbangan. Perlu diingat bahawa pelan ini lebih menekankan kepada PERLINDUNGAN / COVERAGE yang TINGGI disamping SIMPANAN untuk hari muka. Pelaburan adalah objektif ke dua.



Keistimewaan lain :-

· Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM5,000 / tahun
· Dana diuruskan oleh CIMB Syariah (Pulangan lebih tinggi)
· Perlindungan boleh diubah mengikut kehendak dan keperluan peserta
· Nilai caruman boleh di ubah setiap tahun


* Nilai perlindungan mungkin berbeza mengikut umur peserta

** Nilai tunai dikira pada unjuran dividen 8% setahun (tidak dijamin).

Medical Card & Type of Benefits

9:14 AM Posted by Al-Mustaqim

Di manakah manfaat untuk anda jika menyertai insurans/takaful kad perubatan?

Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis polisi yang disertai.
Ada 3 jenis keadaan manfaat yang seharusnya anda perincikan ketika meyertai mana-mana pelan kad perubatan.


1) Manfaat yang BIASANYA DILINDUNGI.

• Caj penginapan hospital (bilik & makanan) dan belanja rawatan
• Belanja pembedahan (caj pakar bedah & kos yang berkaitan dengan
pembedahan)
• Belanja doktor perubatan
• Ujian untuk pesakit yang masuk wad

2) Manfaat yang KADANG-KADANG DILINDUNGI (baca dengan dengung teka-teki Nujum Pak Belalang).

• Tuntutan luar negeri
• Manfaat kemalangan maut
• Ujian atau perundingan untuk pesakit luar

3) Manfaat yang BIASANYA TIDAK DILINDUNGI.

• Bersalin
• Penyakit kongenital
• Kecederaan akibat kemalangan atau sakit kerana terlibat dalam perlumbaan
• Pembedahan kosmetik atau plastik
• Rawatan pergigian termasuk pembedahan mulut


Nah, Jika anda didatangi ejen insurans atau wakil takaful yang ingin mempromosi kad perubatan, cubalah ringan-ringankan mulut bertanya berkenaan manfaat-manfaat ini. Buat masa sekarang tiada satu pun syarikat insurans di Malaysia ini yang pelan kad perubatannya menawarkan 100% manfaat seperti di atas tetapi anda masih boleh memilih yang terbaik maka pilihlah yang terbaik untuk anda, jangan langsung tidak.

Tidak semestinya yang paling mahal itu adalah yang terbaik dan yang paling murah itu sudah memadai, pokoknya sesuatu pelan itu mestilah berpadanan dengan keperluan dan ketebalan poket anda. Jika anda masih lagi kabur cuba lihat disini.